Monday, August 15, 2016

Keratan Akhbar Niecoziro Memenangi Pingat Emas di WICC Seoul



Oleh Sinar Harian~

RANTAU PANJANG – Formula membantu berhenti merokok oleh seorang pemuda bumiputera di sini, berjaya berjaya meraih pingat emas di World Invention Creativity Contest 2016 (WICC) yang berlangsung di Seoul, Korea baru-baru ini.

WICC 2016 disertai lebih 200 peserta dari 15 buah negara antaranya Mesir, Turki, Korea, Taiwan, China, Filipina, dan banyak lagi.

Formula berasaskan minuman dari bahan-bahan organik ini, merupakan cetusan idea Datuk Mohd Khairey Saudi bagi membantu perokok tegar, mengurangkan kesan ketagihan dalam masa singkat.

Beliau yang juga peneraju DMK Herbs merupakan pengasas makanan atau minuman tambahan berdasarkan bahan-bahan organik dan natural.dan akan dipasarkan oleh Farbel Exclusive Founder, Syubaili Aziz.

Formula dikenali Nicozero, berupaya membantu perokok tegar berhenti merokok secara semula jadi, hasil konsultansi  Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Nicozero ini telah melalui proses penyelidikan serta bimbingan dari Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Professor Madya Dr Mohd Mustafa Al-bakri Abdullah sebelum dikomersialkan ke peringkat global.

Mohd Khairey berkata, Nicozero diiktiraf terbaik malah mendapat pingat emas berdasarkan kebolehannya terhadap perokok tegar.

“Insyaallah, ia akan memberi kesan serta merta sehingga berjaya berhenti atau mengurangkan rokok.

“Nicozero juga merupakan inisiatif Mohd Mustafa sehingga berjaya menawan hati juri dan meraih pingat emas,” katanya.

KENAIKAN HARGA ROKOK

Mohd Khairey berkata, idea ini lahir susulan kenaikan harga rokok, seterusnya membantu rakan-rakan lain berhenti merokok.

Sesuai dengan kenaikan harga rokok dan kempen yang dianjurkan Menteri Kesihatan Malaysia, ia memberi lebih banyak peluang untuk berhenti secara berkesan.

Beliau berkata, Nicozero turut diedarkan kepada peserta lain pertandingan di WICC 2016 di Korea, yang mana mereka juga merupakan perokok tegar.

Ternyata katanya, mereka menerima maklum balas positif dan berpuas hati dengan keupayaan cemerlang Nicozero.

“Mereka berasa kagum dengan keupayaan Nicozero, yang memberi kesan posotif kerana boleh menghilangkan rasa asli rokok.

“Berasaskan maklum balas positif ini, saya yakin dan bersedia untuk melancarkan Nicozero ke pasaran tempatan dan Asia tidak lama lagi,” katanya.

Memenangi pingat emas dalam kategori Inovasi Baharu, merialisasikan impiannya untuk melancarkan formula berhenti merokok, Nicozero di Kuala Lumpur bulan depan.


Mohd Khairey berkata, tumpuannya tidak hanya meliputi seluruh Malaysia malah akan diteruskan ke Singapura, Thailand dan Indonesia.

KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG LAIN~

No comments:

Post a Comment