Monday, August 29, 2016
Niecoziro Menang Gold Medal Lagi di Japan Design & Invention Expo
Tahniah Dato Mohd Khairey DMK HERBS dan Prof Mohd Mustafa Abdullah yg bertanding kaw kaw dengan 1000 product bertanding di Japan, dan syukur Product Niecoziro berjaya memenangi pingat emas. Bukan mudah utk product kita menang. Kami ingin pastikan product Niecoziro sebelum dipasarkan adalah betul2 terbaik dan diiktiraf mata dunia.
Tak lupa SUPER TEAM yg menjadi tulang belakang Farbel Rich Team Ebby Saiful Jaharuddin Razif Razali dan Designer product NIECO ZIRO Achok Faiz.
KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN apabila kita bersatu dalam perjalanan menuju puncak !
1 Sep 2016 product Niecoziro akan bermula bersama stokis dan agent kami
Berminat bersama kami?
whatsapp 0163389736
set apointment cepat!
keluaran terhad!
Monday, August 15, 2016
Keratan Akhbar Niecoziro Memenangi Pingat Emas di WICC Seoul
Oleh Sinar Harian~
RANTAU PANJANG – Formula membantu berhenti
merokok oleh seorang pemuda bumiputera di sini, berjaya berjaya meraih pingat
emas di World Invention Creativity Contest 2016 (WICC) yang berlangsung di
Seoul, Korea baru-baru ini.
WICC 2016 disertai lebih 200 peserta dari
15 buah negara antaranya Mesir, Turki, Korea, Taiwan, China, Filipina, dan
banyak lagi.
Formula berasaskan minuman dari bahan-bahan
organik ini, merupakan cetusan idea Datuk Mohd Khairey Saudi bagi membantu
perokok tegar, mengurangkan kesan ketagihan dalam masa singkat.
Beliau yang juga peneraju DMK Herbs
merupakan pengasas makanan atau minuman tambahan berdasarkan bahan-bahan
organik dan natural.dan akan dipasarkan oleh Farbel Exclusive Founder, Syubaili
Aziz.
Formula dikenali Nicozero, berupaya
membantu perokok tegar berhenti merokok secara semula jadi, hasil
konsultansi Pusat Kecemerlangan
Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP).
Nicozero ini telah melalui proses
penyelidikan serta bimbingan dari Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Professor Madya
Dr Mohd Mustafa Al-bakri Abdullah sebelum dikomersialkan ke peringkat global.
Mohd Khairey berkata, Nicozero diiktiraf
terbaik malah mendapat pingat emas berdasarkan kebolehannya terhadap perokok
tegar.
“Insyaallah, ia akan memberi kesan serta
merta sehingga berjaya berhenti atau mengurangkan rokok.
“Nicozero juga merupakan inisiatif Mohd
Mustafa sehingga berjaya menawan hati juri dan meraih pingat emas,” katanya.
KENAIKAN HARGA ROKOK
Mohd Khairey berkata, idea ini lahir
susulan kenaikan harga rokok, seterusnya membantu rakan-rakan lain berhenti
merokok.
Sesuai dengan kenaikan harga rokok dan
kempen yang dianjurkan Menteri Kesihatan Malaysia, ia memberi lebih banyak
peluang untuk berhenti secara berkesan.
Beliau berkata, Nicozero turut diedarkan
kepada peserta lain pertandingan di WICC 2016 di Korea, yang mana mereka juga
merupakan perokok tegar.
Ternyata katanya, mereka menerima maklum
balas positif dan berpuas hati dengan keupayaan cemerlang Nicozero.
“Mereka berasa kagum dengan keupayaan
Nicozero, yang memberi kesan posotif kerana boleh menghilangkan rasa asli
rokok.
“Berasaskan maklum balas positif ini, saya
yakin dan bersedia untuk melancarkan Nicozero ke pasaran tempatan dan Asia
tidak lama lagi,” katanya.
Memenangi pingat emas dalam kategori
Inovasi Baharu, merialisasikan impiannya untuk melancarkan formula berhenti
merokok, Nicozero di Kuala Lumpur bulan depan.
Mohd Khairey berkata, tumpuannya tidak hanya meliputi seluruh Malaysia malah akan diteruskan ke Singapura, Thailand
dan Indonesia.
KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG LAIN~
Niecoziro - Pemenang Pingat Emas di World Invention Creativity Contest 2016 (WICC)
Produk DMK Herbs berjaya memenangi pingat Emas
di World Invention Creativity Contest (WICC 2016) yang berlansung di Seoul
Korea bermula 28 - 30 Julai 2016. DMK Herbs yang dipelopori oleh Dato'
Mohd Khairey Saudi yang merupakan pengasas makanan atau minuman tambahan
berdasarkan bahan-bahan organik dan natural dan akan dipasarkan oleh Farbel Exclusive founder Syubaili Aziz
Produk Nicozero memperolehi pingat emas
berdasarkan kebolehan yang memberi kesan serta merta kepada perokok tegar yang
ingin berhenti atau mengurangkan merokok. Produk ini akan dilancarkan dalam
masa terdekat di Malaysia. Sebelum ini juga, produk ini juga memenangi pingat
emas di pertandingan EUROINVENT 2016 yang berlansung pada Mei yang lalu.
Hal ini bersesuaian dengan kenaikan
harga rokok seperti yang diumunkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini.
WICC 2016 merupakan pertandingan yang melibatkan beberapa buah negara antaranya Korea, China, Taiwan, Filipina, Mesir dan banyak lagi.
Sepanjang WICC 2016 beberapa perokok tegar
telah mencuba produk ini dan rata-rata memberi kesan yang posotif. Produk ini
boleh menghilangkan rasa asli rokok.
Subscribe to:
Posts (Atom)